pEJuanGKu(,”);
Wednesday, November 30th, 2005
::buat pejuang tersayang:: diri ini kan me
nemani perjuanganmu
kudrat ini kan mengiringi usahamu
semangat ini kan terus menggerakkanmu
hati ini kan mendoakan kejayaanmu
namun aku bukan bandingan Siti Khadijah
kau juga bukan bandingan RasuluLlah
kita hanya insan biasa
terikat dengan cinta ini
terikat dengan kasih ini
hanya kerana perjuangan yang satu
yang dalam perjalanannya
penuh tentangan dan cabaran
penuh nafsu dan keinginan
kuletakkan amanah
dan kepercayaan ini padamu
pejuangku yang tersayang
untuk memimpinku dalam kembara ini
moga kita kan dapat mengharunginya
disatukan akhirnya atas namaNya
bersama dalam perjuangan
hingga ke Jannah ikatan berkekalan
"Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih,
suburkan cinta ini selama mana ia
disuburkan di jalanMu,
dan peliharalah iman kami daripada
hancur kerananya.."