Archive for April, 2006

(,”)dedikasi buatmu…

Sunday, April 9th, 2006

kau datang bagaikan mimpi
kau hadir daku sedari
sekian lama kunanti
kau di sini

mungkin kehendak ilahi
segalanya kujalani
biar lelap tidurmu
dipelukku

cinta ini
kupersembahkan
setulus hati kasih
kepadamu
seandainya engkau mengerti
hanya kau kumiliki
dalam hidupku

kasih sayang ini
semoga abadi
kan kubawa sampai akhir nanti

Teristimewa……..

Sunday, April 9th, 2006

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kitaterlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…. kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah… terima kasih padamu sahabat-sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Terima kasih jua buat kasihku….dikau kawan, teman, sahabat, kekasih dan suamiku kelak………."

ken@ng@n di bumi KuIttho

Sunday, April 9th, 2006

Kami_1

SAHABAT-SAHABATKU….

sesuatu yg tak disangka

seringkali mendatangi kita

itukah suratan dalam kehidupan

atau sekadar satu kebetulan……

SAHABAT-SAHABATKU….

ingin aku singkap kembali

kenangan lama agar bersemi

ingin ku ulangi kisah manis

agar terus bersemadi

ingatlah aku sebagai rakanmu..

kenanglah aku dlm doamu

begitu indahnya kisah dahulu

engkau sebagai temanku…….

apabila engkau terjaga

satukanlah harapanku dgn mu

krn ianya bakal berpadu

layarkanlah impian doamu

sesungguhnya aku masih mengingatimu

sebagai kawan rakan dan teman semoga kita diberkati Allah

ku doakan ….

Ya Allah..

Kepadamu..Ya Allah..

Ku doakan mereka agar bahagia didunia dan akhirat…..

SAHABAT-SAHABATKU….

Malam siang berlalu

Gerhana kesayuan

Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu

Tiada berhenti oh syahdunya

Sejenak ku terkenang

Hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran

Bersama tema-teman harungi kehidupan oh indahnya….

SAHABAT-SAHABATKU….

Berat rasanya di dalam jiwa…

Untukmelangkah meninggalkan semua…

Kasih dan cinta
Yang terbina…

Ia kan selamanya…

SAHABAT-SAHABATKU….

Selamat berjuang sahabatku..

Semoga Allah berkatimu..

Kenangan indah bersamamu..takkan ku biar ia berlalu..

Berjuanglah hinggan ke akhirnya..

Dan ingatlah semua ikrar kita..

SAHABAT-SAHABATKU….

Hati ini sayu mengenangkan

Sengsara di dalam perjuangan

Jiwa ku merana dan meronta

Mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi ku akur pada hakikat

Suka dan duka dlm perjuangan

Perlu ketabahan dan kekuatan

Keteduhan hati berlandaskan iman

Imag0006

KU TEMUI CINTA ITU…

Sunday, April 2nd, 2006

Sungguh menyakitkan bila mencintai sesesorang..

dan bila cinta itu tidak berbalas

Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila..

mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari

Kekuatan untuk menyatakan rasa cinta..

kepada orang yang dicintai

Mungkin Allah berkehendakkan kita..

berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodohnya

Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar..

kita akan menghargai betapa bernilainya

PemberianNya itu.

Apabila tertutupnya pintu kegembiraan..

ada pintu lain yang masih terbuka

Tetapi mengapa kita harus terus menanti..

kepada pintu yang telah tertutup itu?

Sehinggakan kita tidak sedar pintu lain yang terbuka untuk kita.

Memang benar..

kita tidak menyedari apa..

yang kita ada sehingga kita kehilangannya.

Dan memang benar kita tidak tahu apa yang kita hilang..

sehingga ia muncul dan kita menemuinya.

Memberi cinta pada seseorang..

tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali..

Jangan mengharap cinta akan dibalas..

Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya..

tetapi jika sebaliknya

Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita..

Kita mungkin suka untuk mendengar pada apa yang kita tidak pernah dengar..

dari seseorang yang hendak kita dengar

Tetapi janganlah kita memekak telinga untuk tidak mendengar

pada orang yang menyatakannya dari hatinya.

Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba

Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannnya

Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang..

Jika kita tidak mampu melepaskannya.

Cinta hadir

Kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewa

Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati

Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai

Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan

untuk membina kepercayaan itu kembali

Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang,

Cuma seminit untuk menyukai sesorang..

sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang

Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang.

Mimpilah apa yang ingin kita mimpi

Pergilah ke mana yang kita hendak pergi

Jadilah apa yang ingin kita kejarkan demi cita-cita

Kerana hidup hanya diberikan Allah sekali dan

peluang juga hanya hadir sekali untuk kita melakukan apa yang diingini

Kegembiraan bagi seseorang tidak semestinya terbaik untuk segalanya

Sebaliknya ia hanyalah segalanya yang hadir mengiringi liku kehidupan

Jangan kita mencarinya..ia boleh menipu

Jangan kita mencari kekayaan dan harta..ia akan pudar

Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum

Kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman

untuk menghilangkan awan-awan kesepian yang menutupi cahaya yang gelap

agar dapat sinar mentari mencerahkankan langit yang selama ini mendung dan

mengembalikan keceriaan yang selama ini lesu

Semoga kita dapat menemui seseorang yang mampu membuat kita tersenyum

Dan mampu untuk senyum buat selamanya..

DAN DIA ADALAH CINTAKU SEPANJANG HAYAT….JAMALUDDIN HJ SABRAN…Dew Sparkling On RoseDozen Red Roses Wrapped DetailRainbow Pot Of Gold

>

Sunday, April 2nd, 2006

Happy Face Love In EyesRetired Woman Working On PcHappy Daisy

E-COMPUTER HARDWARE DIAGNOSIS

Tanggal 27 Mac 2006, maka segala usaha sepanjang 5 tahun ku berada kuittho telah dapat ku buktikan dengan hanya 30 minit presentation seminar 2…mcm klalkar kan..2 sem bertungkus lumus wat PSM nak ape tp jap jer present..alhamdulillah tak byk kene fire..time kasih pada sahabat2 sume…aziyan, hasikin, liyana atas usaha saem yg diberikan,…mcm bisnes lak..time ksh gak kat papa ku (penyelia) yg sentiase cool dan slamber atas bantuan yg diberi…

Ibu…insan yg plg byk beri sgl kekuatan sepanjang aku berjuang disini…insan plg ku damba doa kudusnya utk menemani lelah ku disini…trime kasih sgalenyer ibu..ratu hati sepanjang hayatku…

Abang…trime kasih krn sudi mjadi pendengar plg setia…sudi mlihat ku menangis..sudi melihat ku gembira..sedia menerime diri ini walau ape jua keadaan sekalipun…ku dpt merasakan bahwa dirimu adalah suami terbaik utk ku..membimbing di kala ku tersasar dari arah tujuan…menunjukkan jalan di kala ku buntu berfikir…pengorbananmu akan ku balas sebagai hadiah dari seorang isteri yg solehah buatmu SAYANG….

Ish sedih lak…Sudah tibe saatnyer ku melayarkan impian yg lbh nyata lps nih…pkir practical…pkir keje..pkir mahligai  bahagie..mcm2 kene pkir..tp yg penting dh abis study…tp yg plg aku tkt harungi adlh berpisah dgn sahabat2 tersayang…ntah bile kn berjumpe lg..5 thn bersama bkn 1 jangke mase yg singkat..kite umpama isi dan kuku…menangis bersame..ketawe bersame..duk atas kati petang2..berangan same2…haahhh…sukaenyer melepaskan saat indah ini…ingat tak saat kite tido satu katil…3 orang skali…berangan punyer berangan akhirnyer tetido same2…smpi pkai bj tido pun same..alangkah peritnyer peristiwa PERPISAHAN SETELAH 5 TAHUN BERSAME……

Apepun..aku kene hadapi juga saat itu…di depan sane masih banyak ranjau yag akan ku tempuhi bersame suami ku kelak…menjadi seorang anak yg dpt membalas jasa ibuku..menjadi seorang isteri yg solehah buat suamiku..menjadi ummi yg terbaik buat permate2 hati ku….menjadi ketua yg dedikasi utk staf2 ku….IMPIAN ITULAH YANG AKAN KUCAPAI SELEPAS AKU MELANGKAH KELUAR DARU BUMI BERTUAH KUiTTHO INI…

YA ALLAH…BERKATILAH KEHIDUPANKU…KURNIAKANLAH DAKU KEJAYAAN DAN KEREDHAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT MU YA ALLAH..SESUNGGUHNYA..HANYA PADA MU KU POHON SEGALANYA…

IBU…I LOVE U SO MUCH..

ABANG…THANKS A LOT…LOVE U TOO..

SAHABAT2 KU…I WILL MISS U FOR EVERYDAY AND EVERY TIME…

HAKIKAT PERKAHWINAN….

Sunday, April 2nd, 2006


> Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal

bubar jika bangkrup.

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal

lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari

alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan

lari jika orang berubah tingkah lakunya.

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,sesungguhnya

ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

> Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika

> pasangan mendurhakai ALLAH.

Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Sunday, April 2nd, 2006

Janganlah kau angkuh melaungkan…
Si dia kepunyaanmu…
Atau kau kepunyaan si dia …
Kerana hakikatnya…
Kita tidak pernah memiliki sesiapa…
Walau sekeping hati seorang insan…
Tidakkah kau sedar…
Hukum alam menyatakan…
Menyintai tidak semestinya memiliki?…
Manusia pandai berpura…
Berlakon di pentas dunia…
Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati…
Tidak pernah berdusta pada empunya…
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…

Tidakkah kau sedar…
Mungkin si dia melafazkan…
Ungkapan cinta padamu…
Tetapi hati dan perasaannya…
Tidak pernah berniat begitu…
Dia hanya berselindung…
Di sebalik sejuta alasan…

Dan kau…
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya…
"Aku tidak pernah memiliki dirimu…"
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah…
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa…
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita…
Kecuali Dia…
Dia mengasihi hambaNya…
Dia memiliki hambaNya…
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali……