Archive for June, 2006

Monday, June 26th, 2006

Jutaan kasih ku limpahkan tidak akan dapat membalas titis keringat mu…

Demi membina satu istana bahagia dikau berkorban siang dan malam hanya untuk membahagiakan ku…

Sesungguhnya dikau lelaki teristimewa dalam hidup ku sebagai ZAUJAHTUN HIASAN DUNIA MU….TERIMA KASIH ATAS DEDIKASI LAGU INI BUATKU….

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

kali terahir>>>>

Sunday, June 25th, 2006

Yan…ekin….yana…

Jangan lupakan aku yer…

Jangan lupakan wajah aku..

Jangan lupakan angan2 kita bersama..

Jangan lupakan kenangan dan memori kita 5 tahun bersama…

Yan..ekin..yana…

Hari ni hari terakhir aku tulis blog ni kat FTMM..

Hari ni hari last aku study kat class….

Rasa baru semalam kita di dewan besar daftar diploma..

Rasa baru semalam kita convo diploma…

Rasa baru semalam kita daftar degree kat pangsapuri…

Tapi baru hari ini aku tau yang kita sebenarnya telah sampai ke akhir garisan perjuangan disini…

Kita akan melangkah pada satu medan perjuangan yang lebih hebat diluar sana…

Jumaat ni last day kita akan present project sama2…maybe last day kita pakai baju sama2, tukan trademark kita sbg student senior FTMM…hihihi…

Dan………………

3 Julai 2006 akan muncul jua…paper terakhir kita………..

Hari terakhir kita jalan bersama..

Hari terakhir kita jawap exam sama2..

Hari terakhir kita makan bersama..

Hari terakhir kita tertawa bersama dan akhirnya…….sang air mata akan turut singgah di kelopak mata……

Tiada seindah memori melainkan mempunyai sahabat seperti kalian…

Yan…ekin…yana…

Maafkan aku zahir dan batin…

Sepanjang 5tahun pastinya aku banyak melakukan kesilapan yg menyinggung hati kalian…

Maafkan keterlanjuran kata-kata aku pada kalian..

Halalkan makan minum aku selama hidup bersama korang….

Maafkan aku andainya terdapat kekurangan sepanjang aku menjadi sahabat kalian…

Maafkan aku andainya selama ini aku tidak banyak memanfaatkan masa yang ada bersama kalian……

Namun pastinya kalian adalah sahabatku selamanya….

Terima kasih bersama2 aku saat suka dan duka, tawa dan gembira, bahagia dan derita…..

5 tahun persahabatan kita adalah 5 tahun aku bersama ‘dia’……

Kalian mengiringi kebahagiaan kami…

Kalian banyak membantu kami…

Tiada ucapan dapt kami lafazkan melainkan jutaan terim kasih atas doa kalian…

Satu masa dulu tawa dan tangis kita menjadi satu…

Kerna kita adalah sejiwa…..namun kini jasad kita akan terpisah oleh jarak dan waktu….

Mungkinkah segalanya kan berulang kembali????

Mungkin…mungkin anak-anak kita kan bertemu suatu hari nanti…

Dan akan menjalin keakraban seperti kita semua….

Kata-kata terakhir aku buat kalian…

Maafkan aku kerana terpaksa mencoretkan rasa hati ni di sini..

Kerana aku tau aku takkan mampu bersuara saat akhir kita bersama nanti…

Hanya airmata yang berlagu saling mendakap agar perpisahan itu takkan terjadi……

Namun….kita kan terlerai jua….

Moga Allah melimpahkan segala kenikmatan dan kesejahteraan buat kita semua…

Kita semua pasti temui jalan bahagia dengan keizinan dan redha Allah….

Nor Aziyan Ahmad Shah, Noor Hasikin Abu Hassan dan Nur Liyana Ismail….

Terima kasih segalanya….

Sayonara….Sayonara….Moga berjumpa kembali…..

Selamat Tinggal Sahabat2ku….

::Nur Maizatul Akhmar Suratman tetap dihati kalian::

26 Jun 2006

Sunday, June 25th, 2006

 

Telah tiba saat waktu kalian meninggalkan ku

Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan bahawa ini adalah ketentuan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kalian sahabatku kalian teman sejati

Tulus ihklas kalian luhur budi kalian

bagai tiada pengganti buatku

senyum tawa kalian juga kata-kata menghiburkan ku

memori indah kita bersama

kan

terus bersemadi selamanya

kalian sahabat ku kalian teman sejati ku

sudah di takdirkan kita terpaksa pergi

untuk menongkah arus cabaran diluar

sana

disaat kalian masih diperlukan

ku pasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah

perjuangan kita masih jauh beribu batu

selagi roh masih di jasad hidup perlu diteruskan

sedih rasa hati ini mengenangkan kalian

bagai semalam kalian bersama ku

tapi kini ianya lenyap dari pandangan mata

moga bahagia kalian disana

setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan

buat kalian sahabat jua teman sejatiku

Tanggal 3 Julai 2006 menyaksikan perpisahan buat kita semua

Hanya airmata yang mengiringi pemergian kita

Entah cuma untuk seketika atau selamanya…

Moga Allah memberikan hela nafas yang panjang

Kerna pasti satu hari kita

kan

bertemu jua nanti…

SALAM SAYANG BUAT KALIAN…

cincin itu…

Monday, June 12th, 2006

hari ini,
hari yang bersejarah,
seorang gadis akan diikat pada kasih dari seorang lelaki,
hatinya gembira dan bahagia,
serasa ingin menyanyi dan menari riang.

hari ini,
segalanya

kan

jadi pasti,
cinta diikat pada hati,
akan berjanji bersumpah setia,
sayang akan bertaut untuk selamanya.

hari ini,
jari manis

kan

indah berseri,
dihiasi cincin belah rotan,
kilauannya bersinar berkilau,
seakan tidak jemu mata memandang.

hari ini,
cincin belah rotan akan sentiasa di sisi,
tanda diri sudah dimiliki,
hanya menunggu hari bertukar ganti,
untuk bersama si dia sehidup semati.

Menghitung hari!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 5th, 2006

 

Imag0117

Perpisahan ini akan terjadi jua…

Masa kita bersama hanya tinggal beberapa hari…

Payahnya untuk melepaskan saat-saat manis dulu, kini dan hari-hari seterusnya….

Aziyan & Hasikin…

Ingat impian kita untuk bercuti bersama…

Kita drive kete same-same di hamparan lebuh raya…

Kita datang raye umah masing-masing bawak makanan masing-masing…

Office kita bersebelahan….

Rumah kite sederet…..

Majlis yan dihiasi dengan kehijauan…

Majlis ekin dihiasi dengan kebiruan..

Dan majlis aku dihiasi dengan rona merah jambu..

Itulah yang kite angankan suatu masa dulu…

Moga angan-angan tuh jadi kenyataan…

Moge kalian bertemu dengan insan terbaik buat kalian sebagai suami suatu hari kelak..

Hasikin..aku dah doakan ko slalu..ape ko nak aku dah mintak kat Allah..ko nak bulan 8 kan..ko tunggulah jawapannyer yer…

Aziyan…ko nak kenduri bulan 12 kan..aku pun dah mintak kat Allah…moge ade rezeki ko..ko pun tuggulah jawapannyer yer..

CALON2 KORANG TGH KAT DLM BAS BACE PETA NAK SAMPAI SELANGOR…SUSAH NAK MASUK HIGHWAY TU YG SESAT…SABARLAH YER..

Aku hanye mampu berdoa utk kebahagiaan korang….

Ingat janji-janji kite tau…

Lagi satu kate nak g umrah 2009 same-same…moga Allah memurahkan rezeki kite same-same yer…

5 tahun kite bersame kan…saat hari terakhir kite di sem 3 nanti mesti berbaldi air mate ni turun mencurah-curah..tp skrg pun dah mencurah…

KORANG…NANTI AKU RINDU GELAK TAWE KORANG…

RINDU NAK MAKAN SAME-SAME..

RINDU NAK BERANGAN SAME-SAME..

RINDU NAK BARING KAT SATU KATIL SAME-SAME…

YAN..KO MESTI RINDU SAAT AKU PELUK BAHU KO SLALU..PESAN AKU JGN SLALU JERIT2 TAU…JALAN JGN LAMBAT2 TAU……….

EKIN..KO MESTI RINDU SAAT AKU CUCUK PINGGANG KO SLALU SAMPAI KO MELATAH..PESAN AKU UTK KO PULAK JGN SLALU TIDO AJAR ANAK NANTI…JGN MELATAH TAU…

YANA…WALAUPUN BARU JER KITE BERSAME TP HUBUNGAN INI CUKUP INDAH UTK DIKENANG….LOVE U..

I LOVE U ALL MY BELOVED FRIENDS…

2001-2006 KITE BERSAME DLM SUKE DAN DUKE…

AKHIRNYER KINI KITE TERPISAH JUA…

SALAM SAYANG DARI KU GADIS COMEL DI HATI KORANG……………..

<<NUR MAIZATUL AKHMAR SIRATMAN>>

PEARL OF U’R LIFE

Monday, June 5th, 2006

Renungilah mutiara kata Dr Hamka dalam mencari pedoman dalam bercinta. Katanya: "Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."

SEGALA UTKMU…

Monday, June 5th, 2006

4hari bersama dia aku dpt rasekn betapa indahnye sebuah mahligai andai akad telah dimetrai…

4hari bersama dia aku dapat lihat betapa dia menjadi nadi dalam tiap hembusan nafas ku..

4hari bersama dia aku dapat merasai kasih seorang suami walaupun masih panjang perjalanan kita..

4hari bersama dia aku dapat melihat keceriaan wajahnya dan bahagia di hatinya…

terima kasih kerana bersama ku walau 4hari itu terlalu singkat utk kita bersama tiap saat dan waktu…bersabarlah kerna tiap ujian pasti ada hikmahnya..

TERIMA KASIH ATAS KEJUJURAN DAN KETULUSAN HATI MU BUAT KU…

TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN MU UTK KEBAHAGIAANKU…

*****************************************************************

*****************************************************************

(khas buatmu dihari ulangtahun perkenalan kita, KAU TERISTIMEWA)

Kau tersenyum

Ku terpaku

Cahaya diwajahmu hanyalah utkku

Sinaran matamu menusuk dikalbu

Tak mungkinku melupakan sebegini pengalaman

Lalu hati pun berkata segala utkmu

Suatu masa nanti

Pasti kau temui

Tabahkanlah hati jgn lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia tak mungkin sendirian

Terhurai dalam lagu berkumandang

Dibuai dalam mimpi kau ku sayang

Segala utkmu……KAU KU SAYANG