me n my heart
"Hati Dan Aku
Hati :Nah!! ambil la benda ni.
Aku :Apa ni?
Hati :Ini adalah hati”. Hati aku.
Aku :Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Hati :Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Aku :Terima kasih… . ianya terlalu bererti. Aku terlalu menghargainya.
Hati :Oh ye ke… tapi maaf….
Aku :Untuk apa?
Hati :Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja…
Aku :Maksud kau?
Hati :Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah
beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Aku :Mistik? Kelakar bunyinya…
Hati :Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut
rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan
terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini
diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu
percayakan kau.
Aku :Aku insan terpilih???
Hati :Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut
perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup
kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya takkan berubah jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah
memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang
pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan
hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!.. Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya,
mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu
akan menyendiri buat seketika… sehingga hatinya pulih seperti
sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu
kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya
itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Aku :Pasti aku akan menjaganya dengan cinta dan sayang aku.Agar ianya
indah dan tidak terluka lagi. Terimakasih hati kerana aku insan
terpilih…"
October 15th, 2006 at 8:38 pm
Jadilah dirimu seperti dedaunan semalu. kuncup apabila disentuh..kuncup jua dikala senja.. itulah perumpamaan Rasulullah buat wanita mukminah solehah..
Cantik wanita kerana keJERNIHan wajah,
Manis wanita kerana SENYUMan indah,
Ayu wanita kerana keSEDERHANAan lahiriah,
Hebat wanita kerana keSABARan,
Mulia wanita kerana keIMANan yang teguh.
Jadilah, Sebaik-baik wanita di sisi Allah… InsyaAllah….
p/s: thanks mai kerana hadir dalam kamus hidup aku..friend 4ever(^-^)
October 18th, 2006 at 6:10 pm
Friend forever-NUR MAIZATUL,NOOR AZIYAN, NOR HASIKIN &NUR LIYANA (CAHAYA YG BERGERMELAPAN)..INSYAALLAH..MOGA ..
“Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika… sehingga hatinya pulih seperti sediakala.”
-Bermaknanyer ayat nie…ntah biler na hati yg terluka ini blh diubati…huhu…insyaAllah takdir Allah tidak kt ketahuikan…:):):)
October 30th, 2006 at 4:54 pm
korang nih cube bg ayat lebah lak..ayat bunge2 jer..
moge HATI kita sume akan ade penghuni nyer nnt..