PERJUANGAN INI BELUM SELESAI….
Sayangku,
Perjuangan kita belum selesai
Teruskan semangat juangan harmonimu
Akan ku sokong setiap langkahmu
Jangan biarkan ia umpama
Teratai layu di tasik madu
Malah nyalakan ia bagai
Bara yang merah membara
Sayangku,
Kasih sayang itulah ukhwah
Yang menjadi pelindung cinta kita
Kesetiaanmu mengikatku agar setia padamu
Detik dan masa teramat cemburu
Kerana kesibukan harian menbelenggu
Hingga tiada masa untuk ku ku lafazkan Sesungguhnya kau amat ku cinta
Mengertilah, hanya kau yang satu
Diantara beribu-ribu menjadi temanku
Ku pohon pada yang esa
Agar kemesraan yang terjalin
Kini disirami dengan titisan
Air dari puncak kasih
Hingga ke muara agar ia
Bersemi bagai syurga dihati kita
Sayangku,
Demi kasih sayang ini
Abadikanlah memori sekuntum rindu
Di dalam diari hatimu
sayang…
Alangkah indahnya kehidupan ini
Andai tiada rahsia antara kita
Persoalan dihati sering tertanya-tanya..?
Apakah cinta ini akan sampai penhujungnya
Kerana pelbagai rintangan datang menimpa
Seperti menguji keluhuran cinta antara kau dan aku
Niat dihati tidak nak berpisah
Apakan daya takdir penentu segalanya
Kepasrahan yang lahir antara kita
Demi mengejar impian dan cita-cita
Kita Merelakan perpisahan terjadi
Yang pasti perpisahan ini
Akan menjadikan kita umpama
Purnama merindu di malam syadu
Sayangku,
Antara waktu dan usia kita
Sering menghitung hari-hari bahagia
Agar suatu hari nanti
Nur kasih kembali terjalin
Menyemikan semula cinta kita.
Dan ingatlah sayang bahawa
Tanpa kesetiaan cinta kita
Tidak akan kesampaiaan…