Archive for July, 2007

Indahnye pemberian mu yg MAHA AGUNG…

Sunday, July 15th, 2007

Assalamualaikum..

lame tak beceloteh kat cnih..ntah tetibe jer rase nak menaip..ptg ni aku kene atteng interview..bile mase rezeki dtg mcm sume xdterime dek akal..tp tulah ketentuan yg Allah rencanakan..jumaat ni interview lg..rase debar dlm hati mmg xsudah tp aku mesti cekal demi mencari rezeki bantu hubby..demi fmly aku jgk…

emmm bulan rejab dah tibe, jap g syaban n ramadhan..rase br sgt pose thn lepas..mas etuh aku still bujang g..hihihi…but now i’m a wife..sume tlh berubah..mlm td aku sambut 1rejab ngan penuh kesyahduan..1st time smbt bulan ibadah ni besame suami..mmg lain benar rasenye..ketenangan,keinsafan yg melingkari hati n jiwa x dpt diungkap..pas solat hajat aku n hubby same2 muhasabah diri ape yg telah we all lakukan sepangjang 6bln besame dlm melayari bahtera mahligai sakinah ni…tibe aku mulelah menitis air mate..crying..crying n crying..ntah nape agaknye…

melihat airmate hubby mlm td mendakap ku aku rasekan yg Allah telah berikan aku permata plg bernilai dlm dunia selain MAK…iaitu SUAMI KU..trime kasih krn benar2 menghargai diri ni, membimbing ke jalan yg terang…

syukur atas segala limpah rahmat mu,memberikan kami kemurahan rezeki, ketenangan hati n fikiran, kebahgiaan yg tak dpt diukur buat kami YA ALLAH….setiap suatu yg tejadi ade hikamahnyer….SESUNGGUHNYA, SUAMIKU ADALAH SYURGAKU…

Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi’raj, aku melihat sebuah
sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air
batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada
Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril
as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat
untuk engkau di bulan Rejab ini."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali
para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan
Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang,
serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

indahnya……………

Friday, July 6th, 2007

Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahwa cinta mempunyai tanda-tanda.

Pertama, ketika mereka saling mencintai maka mereka tidak akan
pernah saling mengkhianati walau sekalipun. Mereka akan saling setia
sentiasa, memberikan semua komitmen mereka.

Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang
dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan
seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal
perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan,
tidak ada yang merasa lebih berkuasa.

Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak
akan mahu berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun jasad
mereka berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung. Isterinya akan
sentiasa mendoakan agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh
kejayaan dalam pekerjaan, serta mendoakan suami supaya sentiasa dalam
perlindunganNya, tidak tergelincir imannya. Juga ada ingatan suami yang
sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta,
sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia……………………….

CINTA ANUGERAH ALLAH YG TIDAK TERNILAI…