indahnya……………

Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahwa cinta mempunyai tanda-tanda.

Pertama, ketika mereka saling mencintai maka mereka tidak akan
pernah saling mengkhianati walau sekalipun. Mereka akan saling setia
sentiasa, memberikan semua komitmen mereka.

Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang
dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan
seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal
perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan,
tidak ada yang merasa lebih berkuasa.

Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak
akan mahu berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun jasad
mereka berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung. Isterinya akan
sentiasa mendoakan agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh
kejayaan dalam pekerjaan, serta mendoakan suami supaya sentiasa dalam
perlindunganNya, tidak tergelincir imannya. Juga ada ingatan suami yang
sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta,
sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia……………………….

CINTA ANUGERAH ALLAH YG TIDAK TERNILAI…

Leave a Reply