April 24th, 2007 by nur-akhmar

“….Jika Anda bersahabat
bersiaplah untuk bekorban
demi sahabat anda tersebut,
Jika anda bermusuhan dengan
sahabat anda bersiaplah untuk
mengalah demi persahabatan kalian….”

AKHIRNYA….

October 31st, 2006 by nur-akhmar

…..DIRIMU TETAP BERTAKTA DI HATI (03/05/2001 - 16/12/2006)…….

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat lihat
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta di hati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan
terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

me n my heart

October 12th, 2006 by nur-akhmar

"Hati Dan Aku

Hati :Nah!! ambil la benda ni.

Aku :Apa ni?

Hati :Ini adalah hati”. Hati aku.

Aku :Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?

Hati :Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.

Aku :Terima kasih… . ianya terlalu bererti. Aku terlalu  menghargainya.

Hati :Oh ye ke… tapi maaf….

Aku :Untuk apa?

Hati :Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja…

Aku :Maksud kau?

Hati :Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah
beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Aku :Mistik? Kelakar bunyinya…

Hati :Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut
rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan
terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini
diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu
percayakan kau.

Aku :Aku insan terpilih???

Hati :Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut
perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup
kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya takkan berubah jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah
memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang
pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan
hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!.. Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya,
mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu
akan menyendiri buat seketika… sehingga hatinya pulih seperti
sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu
kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya
itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

Aku :Pasti aku akan menjaganya dengan cinta dan sayang aku.Agar ianya
indah dan tidak terluka lagi. Terimakasih hati kerana aku insan
terpilih…"

CINTA IBARAT MENUNGGU BAS…p/s: wat sahabat2 aku..

October 12th, 2006 by nur-akhmar

"Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan
awak kata pada diri awak,"Eee… penuhnya… tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan
cakap, "Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni
akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu
berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu
kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu
bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak
bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap,
cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat
rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar
bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir
banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu
tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk
untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah
juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu
awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya
pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah
bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu
tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak
awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang
lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah
ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas
tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak
sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! Moral: marilah kite
tunggu bas… tak payah naik kereta… hehehehheheheeee… .

ANDAINYA MAUT MEJEMPUT..

October 12th, 2006 by nur-akhmar

Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada’
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ……………. apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang.. amat bimbang.. imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo’akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur’an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang.. amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA … taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid
seperti oranglain
Qada’lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup
keNerakamu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu …"ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" 

TIADA MANUSIA YG SEMPURNA TETAPI KITA HARUS MENGEJAR KESEMPURNAAN…."

October 12th, 2006 by nur-akhmar

"Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri …

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …

C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti

keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …

C4 COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot.
Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje … Ade isteri kata - mekap
untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan .. sikit2 dok telefon
s! uami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 …

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai … Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak … anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya …
Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg
mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana
sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah
satu ciri2 7C tu …
"
Cm_011

kemaafan dan terima kasih dariku..

October 12th, 2006 by nur-akhmar

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang
sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah
perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya.
Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa
pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR
PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka
membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan
terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi
berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas
dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI
INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah
saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu
menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai
kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang
menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar
biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak
hilang ditiup angin."

Moral:
Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut
pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan
dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir
"

October 10th, 2006 by nur-akhmar

Andai aku kau rindui, pandanglah langit, tataplah bintang-bintang kerana berjuta batu pun kita masih bernaung di bawah langit yang sama.

andainya aku…

October 10th, 2006 by nur-akhmar

andai aku diberi secebis kejujuran…
akan ku hampar segunung keikhlasan…
andai aku diberi segenggam kesetiaan….
akan ku bentangkan selaut pengorbanan…
andai aku dicurah setitis kasih…
akan ku siram hujan kerinduan…
akan ku pastikan…. cinta kau dan aku…
melakar bibit-bibit indah dan penuh kemanisan…
agar dapat kita abadikan…. subur dalam kenangan…
cinta terindah… nan paling indah…
nan penuh dengan romantisnya percintaan…

PERJUANGAN INI BELUM SELESAI….

October 10th, 2006 by nur-akhmar

Sayangku,

 

                                     

Perjuangan kita belum selesai

 

                

Teruskan semangat juangan harmonimu

 

         

Akan ku sokong setiap langkahmu

 

             

Jangan biarkan ia umpama

 

                      

Teratai layu di tasik madu

 

                        

Malah nyalakan ia bagai

                           

Bara yang merah membara

 

Sayangku,

 

                                          

Kasih sayang itulah ukhwah

 

                     

Yang menjadi pelindung cinta kita

 

            

Kesetiaanmu mengikatku agar setia padamu

 

   

Detik dan masa teramat cemburu

 

               

Kerana kesibukan harian menbelenggu

 

       

Hingga tiada masa untuk ku ku lafazkan  Sesungguhnya kau amat ku cinta

 

Mengertilah, hanya kau yang satu

 

            

Diantara beribu-ribu menjadi temanku

 

               

Ku pohon pada yang esa

 

                           

Agar kemesraan yang terjalin

 

                        

Kini disirami dengan titisan

 

                            

Air dari puncak kasih

 

                               

Hingga ke muara agar ia                                       

Bersemi bagai syurga dihati kita

 

Sayangku,

 

                                             

Demi kasih sayang ini

 

                              

Abadikanlah memori sekuntum rindu

 

                  

Di dalam diari hatimu

sayang…

 

                                                

Alangkah indahnya kehidupan ini

 

                

Andai tiada rahsia antara kita

 

Persoalan dihati sering tertanya-tanya..?

 

      

Apakah cinta ini akan sampai penhujungnya

 

 

Kerana pelbagai rintangan datang menimpa

 

Seperti menguji keluhuran cinta antara kau dan aku

 

Niat dihati tidak nak berpisah

 

                     

Apakan daya takdir penentu segalanya

 

 

Kepasrahan yang lahir antara kita

 

               

Demi mengejar impian dan cita-cita

 

                

Kita Merelakan  perpisahan terjadi

 

               

Yang pasti perpisahan ini

                        

Akan menjadikan kita umpama

 

                     

Purnama merindu di malam syadu

 

Sayangku,

 

                                          

Antara waktu dan usia kita

 

                      

Sering menghitung hari-hari bahagia

 

               

Agar suatu hari nanti

 

                                 

Nur kasih kembali terjalin

 

                            

Menyemikan semula cinta kita.

 

                     

Dan ingatlah sayang bahawa

 

                   

Tanpa  kesetiaan cinta kita

 

                        

Tidak akan kesampaiaan…